Apa itu I, ii , iii ? Apa itu Scale degree?

Assalamualaikum para pembaca,

Setelah sekian lama aku berhenti menulis blog (2017) kerana sahabat karib yang membawa/mencadangkan aku menulis blog telah pun dijemput ilahi kerana kanser.

Al-Fatihah.
Aku mula hilang minat untuk menulis blog. Tapi bermulanya 2020, semangat untuk menulis telah pun kembali semula kerana kini aku berada di persekitaran yang baru.

Perkongsian hari ni agak simple seperti biasa mengenai muzik, iaitu "Apakah Scale Degree?"


  Apakah scale degree?

Scale degree merupakan satu term yang digunakan untuk merujuk kepada sesuatu note didalam scale.
Setiap scale yang wujud akan dikira menggunakan scale degree. Scale degree biasanya akan dijumpai di mana-mana dalam proses pembelajaran teori. Mengetahui apa itu scale degree akan membantu anda untuk terus belajar asas teori muzik.


  








Di atas adalah contoh C Major Scale. Manakala dibawahnya terdapat urutan nombor Roman. Itulah Scale degree. Scale Degree biasanya akan ditulis didalam bentuk nombor roman.

Kita teruskan dengan penerangan.

Dalam Scale C Major, terdapat note C-D-E-F-G-A-B.
Setiap note tersebut mempunyai sifat seperti Major, Minor, Perfect dan Diminished.
Seperti yang dapat kita lihat dalam gambar rajah, nombor roman 1 mewakili note C, roman 2 mewakili D, roman 3 mewakili E dan seterusnya.

Jika dilihat secara teliti, sesetengah nombor roman tersebut ditulis dalam huruf kecil, dan sesetengahnya huruf besar. Kenapa???
Hal ini kerana nombor roman yang ditulis dalam huruf besar menandakan note yang diwakili itu adalah major manakala yang ditulis didalam huruf kecil adalah minor.

Disini kita dapat simpulkan bahawa C diatas adalah C Major, manakala D pula adalah Minor. Begitu juga E, E tersebut adalah bersifat minor.

Manakala untuk yang ke-4 dan yang ke-5, note tersebut biasanya akan dilabel sebagai PERFECT. Perfect fourth dan perfect fifth. yang ke-6 adalah minor.

Bagaimana pula dengan yang Ke-7?? Adakah Major ? atau Minor? Jawapannya adalah
Diminished. Note yang ketujuh biasanya diminished. Seperti yang kita dapat lihat, disebelah nombor roman tersebut terdapat satu simbol, dan itu adalah simbol untuk diminished.


Sedikit sebanyak itulah perkongsian saya mengenai Scale Degree. Scale degree kelihatan susah dan bunyinya seperti susah, namun ia agak simple untuk difahami.

Seperti biasa,terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang kali ini. Sekiranya ada kemuskilan atau sebarang persoalan,komenuntuk menerima penerangan selanjutnya atau saya boleh menulis satu topik khas bagi menjawap persoalan anda.

Sekian
Terima Kasih
Assalamualaikum.

Comments

Post a Comment