Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Hari ini saya mahu berkongsi tentang satu topik yang sangat popular dikalangan pemain gitar berkenaan dengan tab gitar.
Pernah dengar tentang tab gitar?
Pernah lihat tab gitar?
Tahu cara membacanya?
Atau anda tak faham lansung tentang tab gitar???
Haaaa..jadi, kalau anda tidak tahu dan mahu mempelajari tentang tab gitar, anda sedang membaca artikel yang betul!!!
Tanpa membuang masa jooomm kita mula belajar tentang tab gitar!!!
Apakah Tab Gitar?
Perkataan "TAB" berasal dari istilah muzik english iaitu TABLATURE. Tab adalah sejenis tanda arah muzik atau music notation . Tab lebih mementingkan penerangan yang lebih jelas. Tab tidak menerangkan kerendahan atau ketinggian sesuatu pitch. Oleh sebab itu tab hampir serupa dengan Sheet Music namun berbeza.
Tab tidak memerlukan teori yang kukuh atau kefahaman yang mendalam mengenai muzik, tidak seperti Sheet Music. Sheet Music memerlukan kefahaman dan kemahiran untuk membaca not-not muzik kerana ia tidak menunjukkan apa yang patut anda mainkan, sebaliknya ia menunjukkan bunyi apa yang patut anda mainkan. Tab/tablature terkenal dengan alat muzik bertali seperti ukulele, lute, vihuela dan lain-lain.
Bagaimanakah Membaca Tab Gitar?
1) Memahami Tuning Gitar
Gambar rajah diatas begai rujukkan
Kenapa memahami tuning penting? Dalam soal ini, ia bukanlah memaksudkan anda harus tahu untuk tuning gitar, tapi tahu susunan tuning gitar tersebut. Setiap tuning gitar mempunyai pitch-pitch yang telah ditetapkan . Sebagai contoh seperti dalam gambar rajah menunjukkan gitar tersebut dituning "standard".
Pitch-pitch gitar yang dituning standard akan disusun seperti berikut :
e
B
G
D
A
E
Huruf "e"(kecil) atau dikenali sebagai "high e"(1st string) mewakili tali paling bawah. Iaitu tali paling kecil di gitar anda. Dalam bentuk tab, ia akan berada digarisan paling atas. Diikuti pula dengan "B"( second string) dan seterusnya. Jadi ini bermaksud,gambar rajah tab adalah terbalik!! Tali paling tebal iaitu "E"(besar) atau dikenali sebagai "Low E" adalah tali keenam, paling atas di gitar anda, tetapi dalam bentuk tab, ia berada di garisan paling bawah!!
Susunan ini akan berubah bergantung kepada tuning gitar tersebut , NAMUN!!! Sekiranya gitar tersebut dituning "standard" ia akan sentiasa berada dalam susunan ini. Setiap tuning mempunyai susunan tersendiri dan ia tidak akan berubah!!!
2) Dari kiri ke kanan
Gambar rajah tersebut sebagai rujukkan
Tab dibaca dari kiri ke kanan. Dan ia tak akan dibaca dari kanan ke kiri. Seperti yang anda dapat lihat di gambar rajah diatas, itu adalah "A Major Scale". Tapi untuk masa sekarang, anda pedulikan tentang A major scale tersebut kerana motif anda sekarang untuk belajar membaca tab. Update lain saya akan menerangkan mengenai "Scale".
Membaca tab seharusnya dari kiri. Bermula dari nombor yang diletakkan paling kiri dan bergerak ke kanan. Dalam gambar rajah, anda mendapati bahawa nombor paling kiri adalah "0--2--4-" dan ia diletakkan di garisan paling bawah. Seperti yang diterangkan sebelum ini, garisan paling bawah mewakili tali paling atas gitar anda. Bermaksud ia adalah tali Low E. Ini bermakna anda harus mainkan nombor yang ditunjukkan di tali paling atas!..
Setiap nombor yang ditunjukkan di atas garisan tab bermaksud nombor fret gitar anda. 0 mewakili tali free, atau pun tidak menekan mana-mana kotak di fretboard anda. Manakala 2 bermaksud anda harus menekan kotak kedua di fretboard anda. Dan begitu juga seterusnya. Peringatan!! Setiap nombor tersebut harus dimainkan ditali yang betul seperti yang ditunjukkan. Bermaksud, sekiranya 0 diletakkan di garis paling bawah di dalam gambar tab, pastikkan anda memetik tali free di tali keenam/low E.
"0--2--4-" berapa banyak nombor tersebut ditulis,ia bermakna berapa kali anda harus petik. Seperti
"0--2--4-" , maknanya 0 petik sekali, 2 petik sekali, 4 petik sekali.
Begitu juga dengan yang seterusnya,nombor tersebut ditulis di garisan kedua paling bawah, maknanya mainkan di tali kedua paling atas gitar anda. Tips nya adalah mainkan yang paling kiri dahulu!!!
Cuba anda mainkan tab di gambar rajah tersebut.
Sekiranya anda menghasilkan bunyi
" Do re mi fa so la ti do"
Tahniah!! Anda memahami apa yang saya terangkan!!
3) Chord gitar dalam bentuk Tab!!
Sabar!! Anda sikit lagi akan tamat pengajian dari institusi membaca tab!!! Chord??? Jangan takut, saya hanya menerangkat cara membacanya. Walaupun sekarang anda belum dapat memainkan chord, tapi nanti anda akan dapat juga!!!
Gambar rajah menunjukkan nombor yang bertindih di atas setiap garisan. Tadi saya menerangkan bahawa baca tab harus dari kiri ke kanan. Jadi kalau dalam situasi ini bagaimana??? Saya akan terangkan satu persatu!!
Nombor yang bertinding dalam bentuk seperti yang ditunjukkan di rajah di atas, ia adalah chord. Nombor yang bertindih haruslah dipetik serentak atau strumming!! Haaaa, rindu tak dengan perkataan strum tu???? Hahahaha
Gambar rajah menunjukkan nombor yang bertindih tersebut ditulis sebanyak empat kali, bermakna anda harus strum empat kali. Seperti " jeng jeng jeng jeng"
Haaaa..macam tu lah. Pandai buat bunyi gitar pakai mulut ..hahahaha..
Nombor "4,6,6" ditulis sebaris keatas bermaksud anda harus tekan nombor tersebut serentak. Setiap chord mengharuskan anda menekan beberapa note dalam satu masa untuk membentuk "chord".
Dari segi baris keberapa atau tali apa yang patut ditekan, ia sama seperti apa yang saya terangkan sebelum ini. Garis (---) yang berada diantara nombor-nombor tersebut anda tak perlu hiraukan, ia tidak membawa apa-apa maksud yang serius. Ia hanya seperti masa. Tapi ia akan saya terangkan di update yang lain, kerana ia tidak beberapa penting untuk membaca tab . Saya juga risau anda akan keliru sekiranya saya menerangkan terlalu banyak topik dalam satu masa.
Tahniah!!! Anda baru sahaja tamat pengajian di institusi membaca tablature/tab gitar!!!πππ
Jadi, saya harap anda faham dan mampu membaca tab/tablature. Saya akan update topik tab/tablature ini dengan lebih detail dalam next update !!
Jadi pastikan anda tidak terlepas update-update blog saya.π
Sekiranya ada salah silap sepanjang penerangan saya, harap dimaafkan, dan sekiranya anda ada sebarang persoalan, nyatakan. Jangan malu untuk bertanya!!!
Sekian,
Assalamualaikum.
hello cik .. I am a beginner masih belajar.. tq for the basic info . I masih keliru simbol2 pada diagram spt hammer etc.. ada any info..saya suka info dr blog encik.. senang nk faham
ReplyDelete