Assalamualaikum
Berjumpa lagi kita hari ini di blog ini.
Hari ini saya ingin membincangkan satu topik yang agak berlainan, iaitu tentang kesihatan!!
Saya bukan seorang doktor atau apa-apa yang berkaitan dengan medical. Perkara yang saya akan kongsi hari ini adalah hasil kajian saya dari web-web yang saya jumpa di page-page yang lain.
Oleh yang demikian, sekiranya ada kesilapan dalam perkongsian saya disini, pastikan anda komen untuk memastikan saya boleh memperbetulkan isi-isi yang silap.
Tanpa membuang masa, jum kita mula kan perkongsian kita hari ini!!!
1)Menghilangkan Stress
Kerja-kerja seharian memang memenatkan. Lebih-lebih lagi sekiranya berlaku masalah . Stress sangat popular dikalangan masyarakat hari ini. Hidup 24 jam seperti perlumbaan. Sentiasa merebut peluang. Kajian dari Linda University School of Medicine menunjukkan stress dapat dikurangkan melalui bermain alat muzik. Bermain alat muzik mampu menterbalikkan sistem tekanan atau stress dalam diri untuk menjadi lebih baik atau kurang stress.
2)Menajamkan Minda
Menajamkan minda?? Kajian dari Scottish mengatakan sekiranya anda bermain gitar, atau apa-apa alat muzik yang lain, minda anda akan menjadi lebih tajam dan kuat. Ia boleh menjadi pelindung dari penurunan prestasi otak di hari tua kelak!!!
3) Menguatkan Pergelangan Tangan
Hasil dari latihan strumming dan latihan atau bermain gitar setiap hari akan membuatkan pergelangan anda menjadi lebih kuat dan fleksibel.
Ia adalah proses yang berterusan membina muscles dan menegangkan tendon!! Kekuatan ini juga bersambung hingga ke bahu!!!
4) Tekanan Darah
Perkara ini mungkin sudah ramai yang tahu. Mendengar muzik seperti power ballad atau lagu sedih, boleh merendahkan tekanan darah. Tetapi ramai yang tidak tahu, bermain gitar juga mempunyai kesan yang sama. Bermain gitar boleh mngurangkan anxiety dan mengurangkan tekanan darah.
5) Calories
Bermain gitar boleh membakar kalori. Tetapi jika anda bermain secara duduk, peratusnya mungkin hanya sedikit. Sebaliknya sekiranya anda bermain gitar dalam keadaan berdiri, ia akan membakar kalori dengan banyak. Anda tahu atau tidak, gitar elektrik sebenarnya agak berat (bergantung pada jenis) . Ia boleh mencapai 5kg. Jadi sekiranya anda membuat persembahan dengan gitar yang berat, bergerak kesana sini, ia agak memenatkan. Sama seperti anda sedang melakukan workout di gym . Lebih kuranglah. Hehehehe. Nampak?? Secara tidak lansung bermain gitar juga membakar kalori!!!
Selesai sudah perkongsian saya hari ini.
Harap anda dapat mempelajari ilmu atau pengetahuan baru. Kongsi blog ini kepada rakan-rakan anda supaya mereka tahu manfaat tentang gitar. Ia bukan sekadar untuk bersuka ria .
PENTING!!!
- Sekiranya anda berminat perbincangan mengenai kesihatan dan hiburan( terutamanya rancangan di television), pastikan anda CHECK ATAU LAWATI BLOG
https://m-zyblog.blogspot.my/?m=1
https://m-zyblog.blogspot.my/?m=1
https://m-zyblog.blogspot.my/?m=1
Seperti biasa,terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang kali ini. Sekiranya ada kemuskilan atau sebarang persoalan, komen untuk menerima penerangan selanjutnya atau saya boleh satu topik khas berkenaan persoalan anda.
Sekian
Terima kasih
Assalamualaikum
Comments
Post a Comment