7 Lagu Asas Untuk Pemain Gitar Pemula


Assalamualaikum
Bertemu lagi kita pada hari ini untuk membincangkandan berkongsi ilmu mengenai gitar.
 
   Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu topik yang sangat jarang diperkatakan. Ia adalah tentang lagu apa yang perlu dimain sebagai seorang pemain gitar pemula atau beginner.
Jadi saya ada beberapa lagu yang sesuai untuk pemain gitar pemula.
Tanpa menunggu lama, jom kita terokai senarai lagu yang saya senaraikan!!!



1.Smells Like Teen Spirit by Nirvana

   Kalau anda seorang yang sering mendengar muzik-muzik barat, kemungkinan anda pernah terdengar lagu ini tanpa anda tahu tajuk dan penyanyinya. Smells like Teen Spirit adalah lagu yang dikeluarkan oleh Nirvana. Kenapa saya mencadangkan lagu ini kepada pemain-pemain gitar pemula kerana ia mudah dimain. Hanya belajar beberapa chord dan beberapa solo section, anda sudah sedia untuk rock lagu ini.
   Lagu ini tidak dinafikan memang sudah terkenal dikalangan pemain gitar pemula malah pemain gitar profesional juga gemar jam lagu ini.
Next!!!!!!



2.Seven Nation Army by The White Stripes

   Lagu ni salah satu lagu kegemaran saya. Sebuah lagu yang simple, tetapi ia mampu menyentuh perasaan anda dgn rentaknya. Pada pendapat saya seven nation army sesuai untuk pemain gitar baru kerana ia mempunyai section solo yang mudah tetapi tidak begitu mudah bagi pemain gitar pemula.
   Lagu ni ada menggunakan sesuatu benda yang digelar "slide" sejenis kaca berbentuk cylinder  diletakkn dijari. Slide terkenal dikalangan permain blues. Tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai slide, saya cadangkan anda main section tersebut dengan teknik bending. Ia akan menghasilkan bunyi yang hampir serupa. Saya sangat mencadangkan lagu ini. Pastikan anda mencubanya okay!!!!



3.American Idiot by Green Day

   Kenal Green Day??? Mesti kenalkan. Mustahillah tak kenal. Seorang kawan saya mula belajar gitar dengan menggunakan lagu ni. Lagu ini juga terdiri dari section riffing dan soloing. Saya nasihatkan belajar solo lagu ini juga. Jangan sekadar main part rhythm. Solo lagu ni mampu melatih anda untuk ketepatan dalam menekan tali.
   Tapi ingat,lagu ni sedikit laju sebab ia bergenre punkrock. Jangan takut,practice make perfect!!!



4.Panik by Bunkface

   Haaaaa!!! Mesti kamu semua tak sangka saya masukkan lagu dari band malaysia kan??? Berbalik pada topik. Lagu panik ni bagus untuk melatih penukaran chord. Penukaran yang pantas melatih tangan anda supaya menjadi lebih cekap!
   Bukan itu saja, lagu panik juga boleh melatih anda teknik "Palm Mute" . Mainkan lagu ini dengan downpick dimana section yang memerlukan anda palm mute. Cuba jangan tak cuba!!!


5.So Far Away by Avenged Sevenfold

   Avenged Sevenfold adalah band metal, tapi jangan takut, lagu ni tak susah. Lagu ni slow dan seronok dimain. Saya cadangan main part Rhythm. Jangan main lead dulu, kerana solonya sedikit sukar untuk pemula.
   Lagu ini akan melatih anda untuk mengawal bentuk strumming. Sesetengah lagu yang berentak perlahan bergantung kepada rentak strumming. Walaupun chord betul, tetapi jika strummingnya salah, ia akan menghasilkan bentuk rentak yang sedikit berbeza.
Belajarlah strumming, ia sangat membantu dimasa akan datang!!!


6.Don't Fear The Reaper by Blue Öyster Cult

   Lagu ni dikeluarkan pada tahun 1976, agak lama juga lagu ni. Tapi, lagu-lagu lama ni bagus jika dimain. Susunan yang sangat kompleks. Dalam lagu terdapat beberapa section memerlukan anda bermain plucking atau memetik satu persatu tali dengan susunan yang ditetapkan. Jika anda minat dengan cara permainan sebegini, jadi carilah lagu-lagu lama. Kebanyakkan lagu lama banyak menggunakan teknik ini. Jangan mengalah, dalam percubaan pertama memang sukar, tapi lama kelamaan, anda akan mula biasa. Alah bisa tegal biasa bukan???hehehe



7.Pieces by Sum 41
   
   Lagu ini dikeluarkan oleh Sum 41. Lagunya perlahan dan sedih. Jangan mengangis!!! Susunan chord simple, jadi tiada apa-apa yang sukar mengenai lagu ini. Ia bagus untuk berlatih . Rentaknya yang santai akan mengajar anda tentang merasai rentak dalam permainan.




Jadi akhirnya kita sudah pun dipenghujung perbincangan, itulah senarai lagu-lagu yang saya cadangkan untuk pemain gitar pemula. Mungkin anda akan rasa sedikit sukar, tetapi jangan mengalah. Teruskan usaha.

Seperti biasa, sekiranya ada soalan atau kekeliruaan, komen supaya saya boleh menjelaskannya dengan lebih terperinci .

Sekian daripada saya
Assalamualaikum.

Comments