5 Rahsia Meningkatkan Kemampuan Bermain Gitar


Assalamualaikum semua!!
Kembali lagi kita di blog ini untuk membincangkan isu-isu dan tentang gitar!! Disini saya ingin mengatakan bahawa, jika anda menyukai blog saya, saya harap agar anda share blog ini dan kongsikan kepada sahabat, rakan dan taulan anda.

   Hari ini saya ingin berkongsi tentang rahsia bagaimana untuk terus meningkatkan tahap kemampuan anda dalam dunia bermain gitar ini. Seperti yang anda sedia maklum, gitar sememangnya sesuatu perkara yang memerlukan kita untuk berlatih. Tanpa latihan, takkan maju walaupun anda rasa anda semakin maju. Jadi saya akan kongsikan rahsia untuk meningkatkan tahap permainan anda!!
   Tanpa membuang masa, jom kita mulakan perkongsian ini sekarang!!!


1) Gunakan Metronome

   Ramai pemuzik, saya menyatakan disini, "PEMUZIK" bukan sahaja pemain gitar, malah pemain alat muzik yang lain juga memerlukan metronome. Metronome akan memastikan anda bermain gitar dalam rentak yang ditetapkan. Sekiranya anda sedang berlatih sesuatu lagu, dan lagu tersebut mempunyai section yang sukar, anda gunakan metronome untuk memperlahankan rentak lagu tersebut. Anda tidak memperlahankan lagu tersebut,tetapi anda memperlahankan pergerakkan satu note ke satu note yang lain. Sekiranya anda tidak tahu atau tidak kenal bagai mana rupa metronome, ini adalah salah satu gambar metronome. Anda juga boleh mendapatkan ia dalam bentuk digital.
Metronome
   Untuk panduan cara menggunakannya dengan lebih detail, cari di youtube cara-cara menggunakannya. Ia sangat bermanfaat.



2) Fokus pada Matlamat

   Biasanya bila kita sedang berlatih gitar, kita akan rasa bosan walaupun kita amat meminati bermain gitar. Hal ini kerana kita minat untuk bermain gitar, tapi tidak minat untuk berlatih. Jadi kita perlu sentiasa fokus pada matlamat kita. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mempelajari teknik sweep picking, anda harus fokus pada sweep picking. Selalunya sewaktu berlatih, kita akan rasa ingin terus main dengan laju, itu adalah kesilapan. Anda harus fokus bermain dengan perlahan. Fokus pada latihan. Walaupun membosankan, tetapi pulangannya nanti sangat memuaskan. Jadi disini saya simpulkan adalah, kekal fokus sewaktu latihan!!!



3)Bermain Gitar Setiap Hari

   Pada saya, ini adalah sesuatu yang sangat memberi kesan. Saya bermula dengan tidak tahu bermain gitar dan bermain gitar setiap hari sehingga saya seperti hari ini. Sekiranya anda bermain gitar setiap hari, ia akan membiasakan diri anda dengan gitar. Jari jemari anda akan biasa denga tali dan fretboard gitar tersebut. Dalam masa yang sama, anda akan mula tahu apa yang anda tidak tahu. Jadi dari situ anda akan mula mencari jawapan kepada persoalan anda tersebut. Anda tidak akan tahu apa yang anda tidak tahu selagi anda tidak mencarinya. Dengan gaya ini, anda akan sikit demi sedikit meningkatkan kemampuan anda dalam bermain gitar.
   Tetapi, sekiranya jari anda mengalami kecederaan seperti luka, anda boleh berehat untuk seketika sehingga luka tersebut sembuh. Diingatkan bahawa jagalah jari anda, kerana ia sangat berharga.



4) Bersabar

   Saya banyak melalui detik detik dimana saya mula pertimbangkan untuk berhenti bermain gitar. Bila anda ingin belajar sesuatu lagu, lagu yang sangat anda minati. Anda mendengarnya setiap hari, tetapi anda gagal untuk mainkan lagu tersebut di gitar anda. Anda akan berasa kecewa dan anda akan mula mepersoalkan tentang "bakat". Disinilah sifat bersabar sangat menguji sewaktu belajar bermain gitar. Jika anda ingin memperlajari sesuatu lagu, tetapi anda gagal untuk memainkannya, bawalah banyak bersabar, ia bukan kerana anda tidak cukup bakat,tetapi belum masanya. Jari jemari anda perlukan masa. Jari anda belum bersedia untuk melakukan gerak gerak yang tertentu atau jari anda belum bersedia untuk kelajuan yang anda ingin kecapi. Cari lagu yang lebih mudah, tinggalkan dahulu lagu yang lain.
   Suatu masa nanti, anda akan balik semula pada lagu yang anda ingin main satu ketika dulu, anda akan terkejut sebenarnya berapa mudah lagu tersebut. Disini membuktikan bahawa sebelum ini anda belum cukup latihan, anda belum bersedia untuk lagu tersebut. Bersabarlah. Jika berusaha, anda pasti akan dapat!!!



5) Buka minda anda untuk mencuba genre yang berbeza

   Saya jumpa banyak pemain gitar yang hanya memainkan satu genre sahaja. Kalau mereka main metal, selamanya metal, kalau pop, selamanya pop. Jangan jadi begitu. Terima semua jenis muzik. Ini kerana sesetengah genre muzik mempunyai teknik gitar yang berlainan. Yang paling terkenal adalah JAZZ. Seperti saya, saya bermain muzik Metal, tetapi ada waktunya saya juga bermain jazz, pop, blues, punk dan rock. Setiap genre muzik mempunyai cara yang berbeza untuk kita sampai alunannya. Jadi sekiranya kita kekal atau lekat pada satu genre,kita rugi. Kita tidak akan dapat menambah kemahiran kemahiran lain dan ilmu-ilmu lain. Jadi bukalah minda anda untuk melihat muzik dan kajikannya.



Jadi selesai sudah perkongsian saya dengan anda semua tentang rahsia meningkatkan kemampuan dalam bermain gitar.

Sekiranya anda ada sebarang cadangan atau persoalan yang anda ingin pertanyakan, sila komen. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca blog saya.

Sekian terima kasih
Assalamualaikum.

Comments