Assalamualaikum
Haaa..hari ni saya nak cerita topik lain sikit. Masih tentang gitar, tapi hari ni sy nak kongsi te tantang
KESILAPAN ASAS yang sering dilakukan oleh pemain gitar. Bukan sahaja pemain gitar baru,tapi pemain gitar yang lama juga kadang kala tidak lari dari kesilapan ini!!
Jadi tanpa membuang masa, kita mulakan topik ini!
Lets go!!!!!!!!!!!!!!!
1)Tidak Tetapkan Target
Sesetengah orang tak perlu pun tetapkan target,tapi berjaya juga main gitar. Tu memang dh tuah mereka. Ok, kebanyakkan pemain gitar baru tidak tetapkan target. Kenapa target itu perlu?? Kerana target membolehkan anda merancang perjalanan pembelajaran anda terhadap gitar.
Macam mana ia membantu??? Anda bayangkan seekor ayam dimasak, dan anda mahu memakannya. Sekirannya anda ambil seekor ayam tsrsebut dan cuba menelannya, anda takkan berjaya kecuali anda seekor ular, buaya atau paus. Jadi, anda perlu memotongnya kepada beberapa bahagian dan barulah mudah untuk anda memakannya. Begitu juga proses belajar gitar, ayam ini mewakili sebuah lagu atau satu progresi chord, untuk anda mempelajarinya, anda perlu berlatih satu persatu atau dari satu bahagian ke satu bahagian. Ia akan memudahkan anda mempelajari lagu tersebut. Dari target ke proses pembahagian apa yang anda perlu pelajari, dan akhirnya anda akan mencapai target tersebut. Sebab itu lah target itu penting!!!!
2) Tidak tune gitar sebelum bermain gitar atau berlatih
Gitar yang tidak di tune, bunyinya sangat teruk. Kau main apa-apa chord pun takkan cun. Standard tuning untuk gitar adalah (EADGBe) . Ok, pegi tune gitar kau sekarang. Dah tune??? Ok kita sambung. Ramai pemain gitar tak tune gitar sebelum bermain atau berlatih. Perkara ini tidak boleh diambil mudah,terlalu ramai pemain gitar yang telah sebati dengan sifat tidak tune gitar. Hanya beberapa minit sahaja tune gitar,dan lepas tu anda boleh main.
Sekiranya anda berlatih gitar, tapi gitar tidak tune, dari segi hand synchronization mungkin lepas sekadar untuk berlatih. Tetapi! Dari segi bunyi dan telinga anda,tak kan belatih. Macam mana nak berlatih kalau bunyi tak betul . Tune gitar sebelum bermain bukan sahaja menghasilkan bunyi yang sedap ketika dimain, tetapi melatih telinga kita untuk mengingat chord apa yang dimain dan bunyi chord tersebut. Jadi, pastikan anda tune gitar. Ini bukan benda ringan. Ingat!!!
3) Tidak tukar tali bila tali putus atau berkarat
Yeahhh, new strings huhhh~
Pastikan tukar tali. Kalau tali gitar mahal, belilah jenis biasa, jangan terus pakai tali yang dah karat. Memanglah dapat dimain, tapi keselesaan dan bunyi yang dihasilkan juga penting. Tali gitar ni antara komponen paling penting, jadi pastikan anda sentiasa tumpukan perhatian terhadap tali gitar anda. Tali gitar yang dah berkarat bukan sahaja bunyi kurang sedap, tapi bahaya. Kalau tali tu putus terus cucuk mata, haaaaa, kan dah buta. Lain lah kau Superman!
4) Strum terlalu kuat
Strum/petik terlalu kuat tak sentiasa bermaksud salah, tapi strum/petik dengan kuat sepanjang masa akan mendatangkan masalah. Lagi-lagi sekiranya pemain gitar tersebut main gitar akustik untuk masa yang lama dan beralih kepada gitar elektrik.
Strum/petik dengan betul adalah bergantung kepada lagu tersebut. Ada masa perlu kuat, dan ada masa perlahan sudah cukup. Lagu-lagu yang bergenre agresif/ganas seperti Punk Rock, Metal biasanya memerlukan force yang lebih tinggi(option) berbanding lagu-lagu lain. Tapi tidak bermakna lagu-lagu perlahan yang seperti pop tidak strum kuat. Oleh sebab itu, soal strum/petik kuat ini tidak dapat disandar pada jenis-jenis genre, kerana ia tidak tetap. Tetapi, belajarlah memahami bentuk sesebuah lagu kerana dari kefahaman itulah anda akan mula mengerti sama ada anda perlu strum/petik dengan kuat atau perlahan pada waktu ia diperlukan.
5) Terlalu cepat hendak laju A.k.a
"The Rush Shredder"
Apa yang dimaksudkan disini adalah cuba bermain laju. Kebanyakkan pemain gitar suka bermain laju, atau lebih difahami sebagai guitar shredding. Untuk bermain laju, anda perlu berlatih dengan sangat perlahan. Tidak kira mana-mana atau gitarist pro mana sekali pun, anda tanya "macam mana hendak shredd??" Mereka akan menjawab berlatih dengan perlahan. Lebih baik lagi dalam latihan tersebut anda gunakan METRONOME!!! kepada siapa yang tak tau apa itu metronome, boleh tanya encik google. Tip-tip untuk metronome saya akan update dalam post yang lain.
Berbalik pada cerita. Jadi maknanya
BERLATIH PERLAHAN = LAJU
Jadi kenapa sedemikian??? Dari beberapa artikel dan video-video yang saya lihat,mereka mengatakan bermain gitar memerlukan Muscle memory!!! Jadi bila anda bermain perlahan pada mulanya, dan terus berlatih , jari jemari anda akan mula menghafal dan terus bergerak tanpa anda perlu berfikir apa yang anda perlu tekan seterusnya. Apabila anda sudah diperingkat ini (sudah hafal) barulah anda boleh menambah sikit demi sedikit kelajuan. Tapi ingat!! Pastikan anda mampu main sebersih yang mungkin tanpa ada bunyi-bunyi note yang tidak dikehendaki berbunyi barulah anda menambah kelajuan dan seterusnya sehinggalah ke kelajuan yang ditetapkan terhadap lagu tersebut.
Ok semua,sampai disini sahaja penceritaan sy tentang 5 kesilapan asas pemain gitar. Sebarang soalan, boleh komen dan tanya. Jangan malu bertanya jika hendak terus maju. Sila kongsikan artikel ini jika anda rasa ia membantu. Sekian,
ASSALAMUALAIKUM.

Comments
Post a Comment