Assalamualaikum
Macam mana nak mula belajar gitar? Susah/rumit ke?
Sakit ke?
Soalan ni selalu ditanyakan pada saya. Belajar bermain gitar bukanlah sesuatu yang rumit, tetapi utk master kannya sangat sukar. Ia sukar tapi tak bermakna ia mustahil. Ramai individu yang belajar bermain gitar,ada yang lepas/berjaya, ada juga yg berakhir dgn jual gitar tersebut. Jadi hari ni saya nak kongsi 4 tips untuk anda mula yang ingin belajar bermain gitar!!!
1) Anda mesti ada GITAR!!!
Sesetengah individu berpendapat perkara ni tak penting. Tapi pada pandangan saya, mempunyai gitar sendiri memberi banyak kelebihan. Anda boleh bermain gitar bila-bila masa anda mahu kerana tu memang gitar anda. Tak perlu kekedai, tak perlu meminjam, tak perlu mencuri..ehhh..ok2..berbalik pada point tersebut. Bukan sahaja gitar, setiap alat muzik perlukan latihan. Kalau tak berlatih, macam mana nak ingat cara nak main. Tak kiralah gitar apa pun yang anda miliki/beli/pakai, gitar murah pun cukup untuk permulaan. Tapi janganlah terlalu murah Contoh Rm50(baru) ..kalau 2ndhand Rm50 tu lain ceritalah. Macam saya, gitar pertama yang saya pakai untuk belajar adalah gitar PEPATUNG!!!tak silap waktu tu harganya Rm80(Baru). Gitar harga rendah memang banyak kurangnya, tapi cukuplah untuk permulaan mengenali chord2 dan berlatih. Ok, tentang tu kita tolak ketepi dulu, nanti dalam update lain kita cerita.
2) Mula dengan Chord paling Mudah!!!
Ramai yang mula belajar main gitar, ambil gitar dan terus cuba main lagu. STOP!!! Tak semua orang berjaya dengan cara tu. Cadangan saya adalah ambil 2 chord iaitu Am(minor) dan Em(minor). Anda mula dengan tekan chord Am dan strum beberapa kali,seterusnya tekan chord Em dan strum beberapa kali lagi. Ulang proses ini berkali kali. Anda mungkin takkan dapat dalam tempoh 5jam pertama, atau mungkin 1hari?? 2hari?? Dan mungkin 1minggu. Ini adalah permulaan, anda akan berdepan dengan pelbagai rasa. Rasa nak give up, rasa sakit jari, rasa rindu..ok, rindu tu tak ada.
Pemilihan chord untuk mula belajar bermain gitar sangat penting! Bayangkan kalau awal2 anda sudah ambil chord susah, adakah anda akan teruskan belajar benda yang sama untuk 1-3bulan??? Mungkin tidak. Anda akan kecewa! Duduk di sudut bilik ! Sambil menangis dan NO ONE GIVE A FLYING FUCK!!!!
3) Dengar lagu dan rasakan rentaknya!!!
Sewaktu saya mula belajar bermain gitar, saya hanya fokus pada chord. Macam mana untuk main chord ini, chord itu. Saya tak fikir tentang Strumming. Apa itu strumming??? Strumming ni petik gitarlah, bukan petik satu2, tapi petik semuanya(bergantung pada chord) . Untuk menerangkan apa itu strumming saya tak dapat nak mengupas lebih mendalam, sebab saya rasa untuk memahami apa itu strumming ada lebih mudah melalui visual. Rujuk Youtube untuk lebih maklumat tentang strumming. Jadi apa kaitan strumming dengan rentak??
Rentak lagu terletak dibanyak faktor lagu tersebut, contoh di drum, bass guitar, rhythm guitar, lead guitar. Jadi apa yang patut anda cari/dengar dalam sesebuah lagu adalah rhythm/rentak lagu tersebut. Pastikan anda fokus pada macam mana rentak gitar tersebut dipetik/strum untuk mengikut rentak lagu tersebut. Walaupun anda tak bersama gitar anda sewaktu mendengar lagu, cuba gerakkan tangan kanan(untuk bukan kidal) /kiri(untuk kidal) anda seolah olah memetik/strum gitar. Strum up and down. Walaupun anda tak dapat rentak yang sebetulnya,tapi aktiviti ini membiasakan tangan anda untuk bergerak dengan apa yang anda dengar. Ini satu kelebihan untuk pemain gitar atau alat muzik yang sewaktu dengannya.
4) have fun!!!
Last sekali,have fun!! Ada masa kita perlu mencuba sesuka hati untuk menghasilkan bunyi. Saya juga melalui fasa ini sewaktu belajar. Ambil gitar,tekan satu tali, dan petik tali tersebut. Turun naik di neck gitar tersebut. Ia akan menghasilkan bunyi yang agak kelakar tetapi ia akan buat anda rasa seperti SUPERSTAR!!!
Saya harap apa yang saya kongsikan berguna dan dapat membantu rakan-rakan dan sesiapa yang ingin belajar gitar.
Nantikan next update untuk topik-topik yang menarik mengenai gitar!!!
JIKA ADA SEBARANG PERSOALAN ATAU APA-APA YANG INGIN DIPERTANYAKAN, JANGAN MALU UNTUK BERTANYA, INSHAALLAH SAYA AKAN MEMBERI JAWAPAN ATAU PENERANGAN!!!!
Assalamualaikum!!
saya baru beli gitar..pasal kod tu semua saya dah hafal sebab sebelumni pernah main gitar..sekitar 20 tahun x main gitar..baru baru ni saya beli gitar utk anak saya..masalahnya saya tekan dua 3 kali je dah sakit jari.bila saya main gitar kawan ok pula x sakit...
ReplyDeleteGitar yang berbeza,tu antara faktor dia.... String yang lain pun jadi satu sebab... ukuran saiz string pun lain jenama dan ikut pada target yang nak dimainkan.... Kalau string tebal,sesuai untuk main note... Kalau nipis pun boleh,akan tetapi risiko untuk string putus...Jarak string dengan fret pun antara satu sebab....
DeleteAssalamualaikum sya nak bljar main gitar Hari2 sy main gitar bljar d you tube tdk sma bunyi dia sya tdk tau mau buat mcm mna kmu blh bantuin sya???
ReplyDelete